Afdal bayar zakat fitrah di negeri tempat cari rezeki

Afdal bayar zakat fitrah di negeri cari rezeki

KADAR zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang pada tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jika sebelum ini umat Islam sering berdebat mengenai bilangan rakaat solat sunat tarawih, kali ini berubah kepada isu lokasi afdal pembayaran zakat pula.

Polemik itu menjadi topik panas susulan tindakan mengejut lapan negeri selain Wilayah Persekutuan meliputi tiga entiti menaikkan nisab zakat fitrah sepanjang Ramadan.

Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah menjelaskan, lebih baik ia dilakukan di negeri individu itu bekerja.

“Saya berpendapat lebih afdal zakat ditunaikan di tempat kita mencari rezeki, bukan di mana kita tinggal jika negeri berbeza,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, hukum tersebut pernah dibahaskan ramai ulama termasuk bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri beberapa tahun lalu.

Berdasarkan pandangan tokoh terkenal itu, beliau memetik analogi daripada kisah zaman Rasulullah SAW sendiri dan nas al-Quran yang menjadi rujukan pakar fiqah muamalat.

Beliau memberikan contoh mereka yang bertugas di Pulau Pinang tetapi rumah di Kedah, maka adalah amat baik individu itu melunaskan zakat fitrah di negeri tempatnya bekerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN