7,000 barang kes judi, kontraban, bitcoin dilupus - Utusan Malaysia

7,000 barang kes judi, kontraban, bitcoin dilupus

Barang kes
CHA Hoong Fong menunjukkan barangan bagi kegunaan perjudian yang dirampas untuk dilupuskan dekat IPD Klang Selatan di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Klang Selatan melupuskan lebih 7,000 barang kes bernilai lebih RM700,000 yang dirampas sepanjang tahun lalu melibatkan 154 kertas siasatan, hari ini.

Kesemua barang-barang tersebut melibatkan kes jenayah seperti perjudian, kontraban (rokok dan arak) serta bitcoin menerusi 315 operasi serbuan dan tangkapan seramai 369 orang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perjudian adalah tangkapan terbesar dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD tersebut yang membabitkan 296 serbuan dan 362 tangkapan.

Menurutnya, barangan yang dirampas hasil daripada operasi tersebut bernilai lebih RM200,000  melibatkan pendakwaan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Justeru, pada hari ini sejumlah 2,026 unit barang kes perjudian dengan 153 kertas siasatan dibuka; 4,443 kontraban dan 837 bitcoin serta 33 unit barang kes am dimusnahkan.

“Selepas siasatan menyeluruh selesai dilakukan, semua pesalah yang terlibat dikenakan pertuduhan dan hukuman yang setimpal. Ia selaras dengan pertuduhan dibuat dan mengikut arahan yang diberikan oleh Majistret serta timbalan pendakwa raya. Selain itu, arahan juga dikeluarkan untuk melupuskan semua barang kes yang berkaitan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah termasuklah perjudian, kontraban dan perlombongan matawang kripto secara haram.

“Penglibatan dalam aktiviti itu bukan sahaja memberikan impak kepada ekonomi negara malah pesalah bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Majlis pelupusan yang diadakan pula menggambarkan kepada orang awam bahawa polis tidak akan berkompromi dengan aktiviti yang tidak sihat dana akan mengambil tindakan tegas secara berterusan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN