KLANG: Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Klang Selatan melupuskan lebih 7,000 barang kes bernilai lebih RM700,000 yang dirampas sepanjang tahun lalu melibatkan 154 kertas siasatan, hari ini. Kesemua barang-barang tersebut melibatkan kes jenayah seperti perjudian, kontraban (rokok dan arak) serta bitcoin menerusi 315 operasi serbuan dan tangkapan seramai 369 orang. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perjudian adalah tangkapan terbesar dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD…