KUANTAN: Baharu sahaja masuk hari ketiga bazar Ramadan di negeri beroperasi, sebanyak 52 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) kepada pengendali makanan membabitkan nilai RM5,950. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Ir. Razali Kassim berkata, kesemua notis ini dikeluarkan hasil daripada pemeriksaan pihak JKNP terhadap 526 gerai di seluruh negeri ini bagi tempoh dua hari. Katanya, daripada jumlah itu, Pekan mencatatkan jumlah notis paling…










