45 buah rumah musnah dalam kebakaran di logpond Tawau

45 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran

KEBAKARAN rumah atas air di Kampung Tanjung Batu, Tawau hari ini-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Kira-kira 45 buah rumah di perkampungan atas air musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Tanjung Batu Laut Logpond, Kampung Tanjung Batu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Pusat Geakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 2.31 petang dan sepasukan 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian, dengan dibantu oleh Pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan.

Menurutnya, kebakaran melibatkan kawasan seluas 9,000 meter persegi.

“Operasi pemadaman menggunakan sumber air daripada jentera bomba, pili bomba serta sumber air terbuka daripada laut. Operasi terkawal pada pukul 4.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. –v UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×