36 jam hanyut, dua nelayan syukur selamat pulang sambut Ramadan

36 jam hanyut, dua nelayan syukur selamat pulang sambut Ramadan

ZAHARI Sidek (kanan) dan Zakaria Ramli bersyukur dapat pulang dengan selamat selepas dilaporkan hilang ketika memancing di laut, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: “Alhamdulillah, syukur masih dapat sambut puasa,” ujar Zahari Sidek, 57, iaitu seorang daripada dua nelayan dari Beserah di sini yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di Perairan Pahang, Sabtu lalu.

Zahari dan Zakaria Ramli, 56, ditemukan selamat, semalam selepas 36 jam bertarung nyawa di laut apabila bot dinaiki mereka rosak dan dihanyutkan arus sehingga ke Pantai Tanjung Selangor, di sini.

Zahari berkata, ia pengalaman pertama kali buat dirinya dan bersyukur dapat pulang ke pangkuan keluarga sehari sebelum seluruh umat Islam menyambut Ramadan.

“Ia merupakan pengalaman yang pahit buat saya dengan keadaan gelap kerana tiada elektrik selain tiada makanan.

“Saya hanya fikirkan keselamatan kami ketika itu dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Risiko tinggi. Syukur masih dapat pulang dan sambut puasa tahun ini,” katanya di sini, semalam.

Bagi Zahari, kejadian bot rosak dan dihanyutkan arus di laut itu kejadian pertama dialami sejak 30 tahun menjadi nelayan.

Bercerita lanjut, Zakaria pula berkata, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang kira-kira 10 batu nautika ke Jeti Nelayan Kampung Baru Beserah.

“Selepas bot rosak kira-kira pukul 4 petang kelmarin (Sabtu), kami dihanyutkan arus dan pada malam itu hujan lebat dan laut bergelora. Akibatnya, bot kami hanyut ke arah selatan,” katanya.

Bapa enam anak itu juga memberitahu, kedua-dua mereka hanya bertawakal dan berdoa agar terserempak dengan nelayan malangnya disebabkan cuaca buruk tiada bot nelayan yang turun ke laut.

“Berdasarkan arah tiupan angin, saya jangkakan kami hanyut ke pantai dan bersyukur kira-kira pukul 3 pagi tadi (semalam) tiba di Tanjung Selangor,” katanya.

Terdahulu, mereka dilaporkan tidak pulang selepas ke laut untuk memancing ikan di Laut China Selatan dekat kawasan Perairan Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN