YBR salur RM100,000 bantu mahasiswa B40

YBR salur RM100,000 bantu mahasiswa B40

AHLI Lembaga Pemegang Amanah YBR, Prof. Dr. Raduwan Idar (lima dari kanan), Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej UPM, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah (empat dari kanan) dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani (lima dari kiri) bergambar bersama pengurusan YBR dan UPM serta antara mahasiswa penerima Bantuan Awal Pengajian YBR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 100 mahasiswa daripada keluarga B40 di Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menerima bantuan berjumlah RM100,000 daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dalam program Bantuan Awal Pengajian (BAP) untuk meneruskan pengajian masing-masing.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Prof. Dr. Raduwan Idar berkata, bantuan tersebut melibatkan seramai 100 mahasiswa UPM semester satu hingga tiga di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Menurutnya, semua mahasiswa tersebut adalah dari kalangan keluarga B40 yang dikenal pasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPM.

“Pemberian insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa untuk meneruskan sesi pengajian dan memberi semangat kepada mereka untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

“YBR akan kekal meneruskan pelbagai usaha dan rencana bagi membangunkan taraf sosioekonomi masyarakat supaya selaras dengan mandat dan hala tuju menjadikan kehidupan masyarakat bertambah maju, berkualiti serta berdaya saing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Replika cek Bantuan Awal Pengajian serta upacara perasmian dan gimik penyerahan telah disampaikan oleh Raduwan sempena Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin dan Pengurus Jabatan Sumber Manusaia dan Pentadbiran, Muhamad Johary Abdul Jalil.

Menurut Raduwan lagi, seramai 3,605 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.33 juta di seluruh negara pada tahun ini.

“Setakat tahun 2023 YBR juga telah memberi tajaan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah kepada seramai 359 mahasiswa UPM di mana setiap mereka merupakan antara pelajar cemerlang dan layak untuk menerima tajaan daripada pihak YBR,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN