Wilson Lee mahu keluar zon selesa - Utusan Malaysia

Wilson Lee mahu keluar zon selesa

PETALING JAYA 31 JANUARI 2024 -Wilson Lee semasa Tayangan perdana dan sidang media filem Rain Town di GSC The Starling Mall, Damansara Utama. / M Fidaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Rain Town, Wilson Lee, 31, sedia menerima sebarang tawaran berlakon filem atau drama Melayu sekiranya ada syarikat produksi yang sudi menawarkannya sebarang watak dalam naskhah berbahasa itu.

Kata Wilson, dia enggan berada di takuk lama dengan hanya menjayakan naskhah berbahasa Cina, sebaliknya mahu mencabar diri dan keluar dari zon selesa.

“Sepanjang sembilan tahun jadi pelakon, saya tidak pernah melakonkan watak berbahasa Melayu. Saya tahu saya tidak fasih (bahasa Melayu), tetapi itu bukan penghalang untuk saya berlakon dalam naskhah Melayu.

“Saya akui saya kurang bernasib baik dari segi itu, tidak seperti pelakon berbangsa Cina lain yang mendapat tempat dalam drama dan filem Melayu. Mungkin saya belum menonjol.

“Tapi saya sedia keluar zon selesa, tidak akan sia-siakan tawaran untuk melakonkan watak berbahasa Melayu,” katanya dalam sidang media filem Rain Town baru-baru ini.

Disoal tentang Rain Town, Wilson menyuarakan kekagumannya terhadap pengarah filem itu, Tengku Mona yang berjaya menerajui sebuah filem kantonis meskipun beliau bukan berbangsa Cina.

“Jujur, ketika ditawarkan berlakon filem ini, saya gemuruh apabila mengetahui pengarahnya orang Melayu.

“Ini disebabkan bahasa Melayu saya kurang memuaskan dan tidak mahu berlaku masalah komunikasi ketika penggambaran.

“Bagaimanapun saya kagum kerana meskipun tidak berbahasa Kantonis, Tengku Mona mampu mengarah filem ini dengan baik. Tidak berlaku masalah komunikasi seperti yang saya khuatirkan awal dulu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN