Tukang urut warga asing 'kuasai' bandar JB

Tukang urut warga asing ‘kuasai’ bandar JB

BEBERAPA warga asing menawarkan khidmat urutan di Jalan Siu Chin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kira-kira 30 tukang urut refleksologi warga asing menawarkan khidmat mereka di sekitar Jalan Meldrum dan Jalan Siu Chin, di bandar raya ini setiap hari.

Difahamkan mereka memulakan operasi dari pukul 4 petang hingga 1 pagi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, hampir 80 peratus wanita yang menawarkan perkhidmatan urutan kaki dan badan itu adalah warga asing, terutama Indonesia dan Thailand, manakala tukang urut lelaki pula lebih kurang sama antara warga asing dan rakyat tempatan.

Seorang tukang urut warga Indonesia yang hanya mahu dikenali sebagai Eka berkata, pelanggannya hanya dikenakan bayaran RM40 sejam untuk urutan kaki dan RM50 sejam bagi urutan badan (pinggang ke atas).

Bagaimanapun, katanya, jika ingin urutan seluruh badan, pelanggan perlu membayar RM100 termasuk RM20 untuk bayaran bilik hotel berhampiran.

“Kalau satu badan kita perlu sewa bilik, mana boleh urut di tepi jalan,” katanya yang sudah mengurut di kawasan berkenaan lebih enam bulan lalu.

Sebuah pusat urutan refleksologi berlesen berhampiran kawasan berkenaan menawarkan bayaran antara RM45 hingga RM200 sejam.

Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengambil tindakan secepat mungkin.

“Kami memandang serius perkara ini kerana aktiviti berkenaan bukan sahaja boleh memburukkan nama baik bandar raya ini, malah mengganggu keselamatan orang ramai.

“Kami juga bimbangkan kesihatan pelanggan kerana mereka tidak tertakluk pada mana-mana peruntukan undang-undang seperti mengambil vaksin atau penyakit berjangkit lain.

“Pada masa sama, kami mahu mencegah sebarang aktiviti maksiat yang mungkin ditawarkan kepada pelanggan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN