ALOR SETAR: Tiga lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk menipu bagi mengurangkan cukai kereta import mewah di Langkawi. Ketiga-tiga tertuduh, Ong Seng Aun, 59; Hoo Zui Bok, 47, dan Ooi Liang Sheng, 36, masing-masing mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah. Hakim kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 ke atas Seng Aun dan Zui…