KAMPAR: Terminal Kampar Putra Sentral, Jalan Putra Permata di sini yang sunyi tanpa pengunjung selain dereten premis perniagaan kosong bakal mendapat ‘nafas baharu’ oleh Majlis Daerah Kampar (MDKpr). Yang Dipertua MDKpr, Ahmad Suqairy Alias berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan pengendali terminal bas tersebut untuk mempopularkan kembali premis itu. “Terdapat syarikat pawagam beroperasi di terminal ini selain pusat boling dan dewan badminton yang mula menarik pengunjung. “Selain itu, sebuah pasar raya…