SUNGAI PETANI: Sahabat karib kepada Allahyarham Lans Koperal Mohd. Hafiz Haris, 30, tidak dapat menahan sebak apabila rakan sepermainan sejak kecil dijemput Ilahi dalam kemalangan di Kilometer 77.5, Lebuhraya Utara Selatan di Gurun, semalam. Muhammad Syukri Din, 30, berkata, dia dan arwah saling mengenali sejak mereka berusia dua tahun memandangkan keluarga mereka berjiran sewaktu menetap di Ipoh, Perak. Syukri berkata, kali terakhir mereka bertemu adalah pada bulan Ogos tahun lalu…










