ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor secara sinis mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil alih pengurusan kelab bola sepak Kedah Darul Aman (KDA FC). Ini berikutan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu, siasatan SPRM kononnya berlaku rasuah dalam pengurusan badan induk bola sepak negeri itu telah menggagalkan usaha mereka menarik penaja kepada pasukan bola sepak Kedah. Menurutnya, KFA sudah mengatur rancangan untuk mencari dana kepada pasukan tetapi terpaksa dibatalkan kerana siasatan SPRM sebelum ini didakwa menyebabkan penaja berpotensi tidak berani untuk bekerjasama.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya