PONTIAN: Walaupun hanya rumah sewa, namun keprihatinan Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 semalam amat besar bagi pasangan Ahmad Shah Salim, 43, dan Nora Mohd. Noh, 42. Apa tidaknya, terkenal sebagai raja berjiwa rakyat, Sultan Ibrahim menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) telah membina semula kediaman mereka di Kampung Sungai Bunyi, Batu 35, dekat sini yang rosak dalam kejadian 7 Jun 2021. Walaupun hanya sebagai penyewa, Ahmad…










