Reman enam suspek sindiket dadah disambung tujuh hari

Reman enam suspek sindiket dadah disambung tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Reman enam suspek sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa yang dipercayai menggunakan Pantai Klebang sebagai transit disambung selama tujuh hari.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, reman kesemua suspek yang berusia 40 hingga 74 tahun itu disambung bagi membantu siasatan.

“Untuk makluman kesemua (suspek) yang ditahan disambung reman bermula semalam sehingga 4 Mac,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, polis menumpaskan satu sindiket dadah selepas enam individu termasuk dalangnya ditahan dalam tiga serbuan berasingan Pahang, Melaka dan Johor pada 21 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 83.45 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM4.02 juta.

Katanya, modus operandi sindiket ini adalah menggunakan jalan darat bagi menyeludup dadah masuk dari negara jiran di bahagian utara sebelum didedarkan melalui jalan laut ke Indonesia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×