PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan seorang penganggur yang menyamar sebagai polis menjalani hukuman penjara 30 tahun dan dikenakan 10 sebatan atas kesalahan menculik tiga warganegara Bangladesh untuk mendapatkan wang tebusan RM50,000, 10 tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menjatuhkan hukuman itu selepas mengetepikan hukuman penjara seumur hidup yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan. Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Seri Hasnah…