“TAK payahlah berlakon dan menyanyi, hujung nanti kau pulang ke kampung juga.” Itu pandangan sinis yang pernah diterima Razzuan Rosli ketika pelakon dan penyanyi ini mula-mula menceburkan diri dalam dunia seni tanah air satu masa lalu. Meskipun pedas, Razzuan tidak sekali-kali membenarkan kata-kata itu memadam semangatnya untuk mengejar impian dan cita-cita. Muncullah seribu manusia yang berkata perkara yang sama sekalipun, Razzuan tetap memandang ke hadapan menuju matlamatnya untuk bersinar baik…










