PADANG BESAR: Kerajaan negeri akan menghantar kertas cadangan kepada kerajaan Persekutuan bagi mempertimbang pembukaan semula zon aliran bebas susulan keadaan di Wang Kelian, di sini kini telah selamat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Izizam Ibrahim berkata, ia bagi menghidupkan semula Wang Kelian sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong khususnya bersempena Tahun Melawat Perlis. “Kita akan suarakan beberapa cadangan penambahbaikan bukan bertujuan mendesak pembukaan semula…










