IPOH: Satu jawatankuasa ditubuhkan untuk meneliti cadangan pembangunan strategik yang boleh dilaksanakan di lima daerah yang menerima kesan langsung daripada pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE). Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Jawatankuasa Pertumbuhan Ekonomi yang ditubuhkan itu akan memastikan rakyat menerima limpahan ekonomi daripada pembinaan lebuh raya tersebut. Saarani, yang mempengerusikan jawatankuasa itu berkata, daerah yang menerima kesan langsung daripada WCE ialah Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah,…










