IPOH: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Perak mahu mengukuhkan hubungannya dengan sayap Pemuda parti-parti Kerajaan Perpaduan bagi memudahkan kesepakatan dicapai dalam apa jua pembuatan keputusan. Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim berkata, perkara itu sentiasa menjadi ingatan buat ahli partinya supaya kerjasama di peringkat akar umbi dapat diperkukuhkan. Katanya, perkara itu penting agar parti tersebut tidak ketinggalan serta melicinkan keputusan untuk apa jua perbincangan berkenaan urusan tadbir negeri…










