MERBOK: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) nyaris lemas selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Terus di Kampung Tandop Segantang Garam, di sini. Mangsa, Liang Ah Kaw, 70, bagaimanapun sempat diselamatkan oleh tiga penduduk kampung yang melihat kejadian kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi. Lelaki yang kudung kaki kiri dan menggunakan kaki palsu itu turut diberikan rawatan awal sebelum dihantar mendapatkan rawatan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)…










