Peluang naiki belon udara Panas di Farm Fresh UPM

Peluang naiki belon udara Panas di Farm Fresh UPM

BELON udara panas yang menjadi antara tarikan pengunjung di Ladang Lembu Tenusu Farm Fresh di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAKEJ Belon Udara Panas Farm Fresh di Ladang Lembu Tenusu Farm Fresh di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang, Selangor memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman seakan-akan berada di luar negara khususnya Switzerland.

Pengunjung yang menaiki belum udara panas itu berpeluang menikmati pemandangan matahari terbit seawal pukul 7 pagi dan sekitar ladang Farm Fresh tersebut dengan bayaran RM349 setiap individu.

Harga itu adalah pakej penuh iaitu tiket masuk ke ladang beserta jurupandu pelancong, bufet makan pagi, fotografi dan menaiki belon udara panas.

Setiap belon udara panas di Farm Fresh itu mampu membawa sehingga 200 kilogram iaitu bersama kira-kira tiga pengunjung dan belon akan dinaikkan setinggi kira-kira 19 meter. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×