PDRM konsisten cari petunjuk baharu kes Zayn Rayyan

PDRM konsisten cari petunjuk baharu kes Zayn Rayyan

ZAYN RAYYAN
ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun tiada petunjuk baharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berputus asa mencari bukti-bukti dalam siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih giat mencari bukti-bukti yang dapat dikaitkan dalam kes tersebut di lokasi kejadian dalam usaha mengesan petunjuk baharu.

“Buat masa ini tiada sebarang perkembangan baharu berkaitan kes ini. Bagaimanapun, polis tidak berputus asa dan tidak akan menghentikan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada 29 Januari lalu, media melaporkan lebih 200 keterangan pelbagai individu direkodkan polis berhubung insiden pembunuhan kejam Zayn Rayyan di dua blok Apartment Idaman di Damansara Damai, di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dilaporkan berkata, bagaimanapun pihaknya masih menilai bahan bukti yang dikumpul berhubung kes tersebut.

“Macam saya cakap tempoh hari, kita tidak pernah berhenti menyiasat dan masih di lapangan dan berjumpa dengan masyarakat setempat sama ada mereka ada tertinggal sebarang maklumat, sekecil mana pun.

“Lebih 200 orang kita panggil berikan keterangan daripada awal-awal kita sudah scan dua-dua blok, jadi memang ramai,” katanya.

Allahyarham Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 6 Disember lalu sebelum ditemukan meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya pada pukul 10 malam pada keesokan harinya.

Susulan itu, hasil penemuan bedah siasat pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 (bunuh) selepas menemukan kesan kecederaan mempertahankan diri dan kecederaan pada bahagian leher mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN