Pasukan veteran LVFC pamer aksi perlawanan bola sepak

Pasukan veteran LVFC pamer aksi perlawanan bola sepak

BARISAN pemain pasukan veteran LVFC dan NAHRIM FC dalam perlawanan persahabatan di Serenia City, Dengkil, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN veteran kelab bola sepak Lestari Vipers (LVPC) tampil menunjukkan aksi dan bakat masing-masing melalui perlawanan persahabatan dengan pasukan NAHRIM FC di Serenia City, Dengkil, Selangor, kelmarin.

Pasukan veteran itu terdiri daripada golongan bapa termasuk barisan jurulatih kepada anak-anak pemain LVFC dalam kalangan umur enam hingga 16 tahun.

Kedua-dua pasukan saling menampilkan aksi menarik sekali gus menyajikan permainan berkualiti yang penuh semangat kesukanan demi merapatkan ukhuwah sesama ahli.

Menurut Presiden Lestari Vipers FC, Mohd. Tarmizie Mohd. Shahidan, aktiviti seumpama itu dapat membantu meningkatkan semangat kerjasama dan mengasah kembali kemahiran masing-masing.

Di samping itu, ia memberi semangat kepada anak-anak untuk terus mengasah kemahiran sebagai pelapis masa depan sukan bola sepak negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya