OKU tetap syukur walau pendapatan hanya RM600 sebulan

OKU tetap syukur walau pendapatan hanya RM600 sebulan

DZULKEFLY Mohd. Yahya (kiri) membeli barangan persekolahan anaknya di Slim River, Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) dari Kampung Gugup Slim River di sini, tetap bersyukur dengan rezeki keluarganya walaupun hanya memperoleh kira-kira RM600 sebulan.

Dzulkefly Mohd Yahya, 36, yang kehilangan kaki kanannya akibat kemalangan tiga tahun lalu tabah menyara kehidupan dengan melakukan pelbagai pekerjaan kampung termasuk mengurut.

Katanya, dia tidak pernah menyesal atau merungut kerana memahami rezeki adalah ketentuan Allah SWT dan tidak berpeluk tubuh mencari pendapatan.

“Jika kita memikirkan soal ini atau itu tidak cukup memang sampai bila-bila kita tidak bahagia.

“Benar pendapatan saya tidak banyak iaitu kira-kira RM600 sebulan sahaja selain bergelar OKU, tetapi rezeki itu tidak datang bergolek sekiranya kita tidak mencarinya.

“Apa sahaja pekerjaan yang diminta orang kampung seperti mesin rumput, panjat pokok dan mengurut akan saya penuhi sebaiknya dengan menggunakan motosikal Modenas Kriss 110 iaitu satu-satunya harta yang saya ada.

“Setakat ini, cukup untuk menyara keluarga selain tambahan pendapatan iaitu isteri, Nurul Hidayu Mohd Hata, 28, yang menjual kuih secara kecil-kecilan,” katanya di sini baru-baru ini.

Dzulkefly menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 dan bantuan sewa rumah RM450 oleh Baitumal Perak.

Katanya, dia perlu berusaha lebih keras lagi kerana anak ketiganya bakal lahir pada Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×