KOTA BHARU: Masjid Mukim Kemumin akan menggerakan Kempen Solat Subuh Berjemaah Seperti Solat Jumaat sebelum kedatangan bulan Ramadan sebagaimana yang dicetuskan oleh selebriti terkenal tanah air Alif Satar baru-baru ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, ahli jawatankuasa (AJK) masjid Johari Othman berkata, usaha murni itu sepatutnya dipuji, dicontohi, disahut dan digerakkan oleh semua masjid di seluruh negara sebagai satu ikhtiar ke arah mengimarahkan institusi ibadah umat Islam. “Kami akui tertarik dengan…










