'Masa saya tidak layak untuk individu itu' - Utusan Malaysia

‘Masa saya tidak layak untuk individu itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Syamel tidak berhasrat bersemuka dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan  fitnah terhadap isterinya, Ernie Zakri. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, katanya, individu itu tidak layak diberi perhatian, masa dan komitmen malah dia serta isteri enggan mengambil peduli kenyataan  tnah yang disebarkan. 

“Sebenarnya, sebelum, selepas malah sehingga kini, kami menerima banyak mesej berbentuk sedemikian. Tetapi sekarang ‘mereka’ sudah mula kacau peminat. 

“Ada dalam kalangan mereka juga mula menyebarkan dakwaan yang lebih agresif. Saya dan Ernie sebenarnya tak nak ambil tahu dan melayan. 

“Apatah lagi bersemuka dan ambil tindakan undang-undang. Semua itu perlukan masa dan komitmen. Dia tak layak pun menerima perhatian, masa dan komitmen kami,” ujarnya. 

Terdahulu nama Ernie terpalit kontroversi selepas pemuzik, Anwar Amzar berkongsi tangkap layar seorang individu menuduhnya menjalin hubungan dengan penyanyi itu. 

Bagaimanapun, Anwar dan Ernie mena kan  fitnah yang disebarkan tersebut serta menganggap itu propaganda jahat yang sengaja dicipta. 

Malah, penyanyi Astana itu turut mendedahkan sudah empat tahun menjadi mangsa gangguan seorang individu dalam media sosial. 

Dalam pada itu, Syamel menasihatkan peminat supaya tidak terpedaya dengan pelbagai  fitnah yang sengaja disebarkan untuk menjatuhkan nama baik mereka. 

“Kadangkala saya bersangka baik sahaja. Mungkin individu itu terlalu meminati kami dan menganggap kami adalah kepunyaan mereka. 

“Tetapi peminat jangan termakan atau tergoda dengan  fitnah sedemikian,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN