KLANG: Seorang lelaki yang tidak berbaju ditemukan maut akibat digilis kereta api di tepi landasan berdekatan sebuah kilang di Jalan Pelabuhan Utara di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu, kira-kira pukul 11.35 pagi. Menurutnya, panggilan itu dibuat seorang individu yang menemukam mayat seorang lelaki di lokasi tersebut. “Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai digilis kereta api sebelum…