KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu memperketat pengawal seliaan sistem jualan rokok elektronik dan vape di negara ini termasuk memantau kandungan dalam cecair vape yang kini banyak disalah gunakan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Kempen Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR), Dr. Mohd. Afiq Mohd. Nor berkata, ini kerana kandungan cecair vape itu tidak terkandung dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Kata beliau, kerajaan perlu ketatkan kawal selia sistem…