LANGKAWI: Keluarga Allahyarham Mohd. Hafiz Salleh, 31, yang mati selepas ditahan polis pada 1 Februari lalu masih belum mampu menarik nafas lega meskipun ada jaminan kes terbabit akan disiasat secara telus. Adiknya, Salwana, 26, berkata, mereka masih pelik kerana sehingga kini tiada tindakan dibuat terhadap pegawai dan anggota yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut. “Mereka yang terlibat dalam kes itu dikatakan masih lagi bekerja seperti biasa, sedangkan kebiasaannya dalam kes-kes…