PUTRAJAYA: Golongan bumiputera Sabah perlu dibantu menerusi pelbagai inisiatif program ekonomi yang dirangka secara lebih khusus berasaskan kepada versi tempatan. Pandangan tersebut diutarakan Ketua Kluster Sosioekonomi Bumiputera Sabah, Prof. Madya Datuk Dr. Ramzah Dambul yang menyifatkan situasi ketika ini lebih berpusat. “Justeru, saya mengesyorkan supaya Kerajaan Persekutuan dapat beralih daripada terlalu sentrik kepada ‘local champion’ atau boleh terus diurus oleh negeri itu sendiri,” katanya. Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah berkata, rumusan itu diperoleh hasil penganjuran sesi libat urus di negeri tersebut baru-baru ini. Negeri berkenaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya