LANGKAWI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hanya akan memberi keutamaan untuk menaik taraf fasiliti sukan sedia ada berbanding pembinaan baharu ketika ini. Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementerian akan mengkaji terlebih dahulu keperluan untuk membina fasiliti baharu bagi mengelakkan pembaziran. Katanya, pembinaan fasiliti-fasiliti sukan sememangnya memberi manfaat besar dan dilihat selari dengan teras dalam Visi Sukan Negara 2030. “KBS kini mengutamakan projek menaik taraf fasiliti sedia ada, kalau (perlu) bina baharu…










