KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyekat cubaan membawa masuk mercun melebihi had dibenarkan dan pistol angin dengan nilai barangan dan cukai berjumlah RM3.3 juta dalam enam operasi berasingan antara 5 hingga 14 Februari lalu. Kesemua barangan tersebut dirampas menerusi operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Zon Tengah, Unit II (Selangor) dekat gudang dan kontena di Masjid Tanah, Melaka; Trong, Perak dan Klang, di sini. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah,…