Kapal layar karam, bomba kenal pasti jika ada mangsa terlibat

Kapal layar karam, bomba kenal pasti jika ada mangsa terlibat

KEADAAN sebuah kapal layar yang separuh tenggelam berhampiran kawasan perairan E-Gate, Gelugor, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang berusaha mengenal pasti andai terdapat mangsa yang terlibat dalam tragedi kapal layar karam berhampiran perairan E-Gate, Gelugor, di sini hari ini.

Ini termasuk identiti pengemudi kapal layar berkenaan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A’ Azelan Hassan.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.40 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, ketika tiba, kapal layar itu berada dalam keadaan separuh karam atau tenggelam.

“Hasil pemeriksaan awal setakat ini mendapati, tiada kelibat mangsa berada di lokasi kapal layar yang karam meskipun pada jarak dekat.

“Jadi, buat masa ini, belum dapat dipastikan lagi (andai terdapat mangsa), namun, pihak APMM (Maritim Malaysia) sudah merujuk perkara tersebut dengan pihak Jabatan Laut untuk cuba mengenal pasti identiti pemilik kapal layar itu pada masa yang sama,” katanya di sini hari ini.

Jelas A’ Azelan, maklumat lanjut mengenai kejadian itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN