KUALA LUMPUR: “Terima kasih kerana ambil berat. Tetapi biarlah siapa dan bila itu sama simpan sebagai kejutan.”
Demikian jawapan pelakon, Johan Asaari apabila ditanya berhubung status hubungannya dengan kekasih hati.
Kongsi pelakon itu, dia tidak mencanang sesuatu yang belum pasti dan membiarkan soal perkahwinan menjadi kejutan untuk peminat-peminatnya.
“Nanti bila sudah ada tarikhnya, saya akan bagitahu. Kalau bagitahu awal-awal, tak seronok. Biarlah rahsia dan jadi kejutan untuk semua.
“Lebih baik saya simpan sedikit hal peribadi kan. Walaupun dia (kekasih) okey dan memahami karier saya sebagai pelakon, tetapi masih ada privasi yang kami jga. Dia sporting sahaja,” ujarnya.
Johan ditemui ketika majlis tayangan episod 12 drama baharu lakonannya, Menanti Senja yang turut menampilkan gandingan bersama Trisha Ooi, Faizal Hussien dan Kodi Rasheed.
Dalam pada itu, Johan juga mahu berhati-hati dalam berkongsi sesuatu terutama dalam dunia media sosial untuk mengelakkan sesuatu yang tidak baik berlaku.
“Bukanlah takut penyakit ain atau dengki, cuma lebih baik saya tidak terlalu berkongsi. Nanti tiba sudah ada tarikh, saya akan jemput anda semua (media),” katanya.










