JERANTUT: Sebanyak 20 varieti tanaman anggur dari pelbagai negara hidup subur di Pusat Pertanian Temin (PPT) di sini, sekali gus menjadi produk pelancongan baharu di daerah ini. Pengusahanya, Syed Norhaimi Syed Zin berkata, antara varieti anggur ditanamnya ialah Heliodor, Jubilee, Velez, Dixon, Rumba, Baikonur, Jupiter, Lorano, Beauty Krasotka, Krasava, Ninel, Banana, Golden Musqat, Faith dan Monte Cristo. Katanya, projek tanaman anggur di PPT bermula April 2022 membabitkan 76 pokok dalam…










