Jakim lancar modul Minda Maqasid

Jakim lancar modul Minda Maqasid

MOHD. Na'im Mokhtar (tengah) menerima modul Minda Maqasid daripada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan Institut Maqasid Malaysia (MIM) melaksanakan seminar pengukuhan nilai berasaskan maqasid syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, seminar tersebut diadakan bagi memenuhi peranan Jakim agar merentasi kementerian dalam perbuatan dasar dan polisi negara.

Katanya, inisiatif tersebut bertujuan menerapkan pemahaman nilai berteraskan maqasid syariah di mana Islam adalah berdasarkan kepada kepentingan dan mengelakkan keburukan. 

“Kita harapkan modul dan aplikasi yang ada dapat memudahkan rakyat untuk memahami dengan lebih jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Penutup Seminar pengukuhan nilai dari perspektif Maqasid Syariah ke arah kemampanan tadbir urus baik di ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hari ini.

Program tersebut adalah kesinambungan program Persidangan Eksekutif Minda Maqasid yang telah diadakan pada 24 Julai 2023 selain antara program yang dirancang bagi pelaksanaan inisiatif pembangunan Nilai-Madani.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, seminar yang diadakan adalah sebahagian daripada usaha yang dibuat bagi memberikan pendedahan terhadap nilai berasaskan Maqasid Syariah.

“Kalau tidak ada seminar sebegini, ramai di luar sana yang tidak faham apa itu maqasid syariah.

“Jakim akan terus mengadakan kerjasama dengan UIAM dalam pelbagai ilmu pengetahuan yang mana kepakaran itu ada di sini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×