PERSATUAN Penduduk Taman Impian Putra (PPTIP), Bangi, mahu Program Jom Sihat dijadikan aktiviti bulanan melibatkan penduduk di kawasan tersebut. Keputusan tersebut diambil selepas program yang dijalankan hujung minggu lalu berjaya menarik kehadiran 75 orang penduduk setempat untuk menyertai aktiviti diselaraskan oleh PPTIP. Antara aktiviti yang diselaraskan adalah briswalk dan senamrobik. Penasihat Umum PPTIP, Azemi Azizan berkata, di atas permintaan ramai, pihaknya akan jadikan Program Jom Sihat itu sebagai acara bulanan…










