Jadikan Kampung Baru Cina perkampungan madani

Jadikan Kampung Baru Cina perkampungan madani

ARIPIN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kampung baru yang dihuni 100 peratus etnik Cina sejak lebih 76 tahun wajar dibangunkan sebagai model Perkampungan Malaysia Madani yang dihuni pelbagai kaum terbesar di negara ini.

Tokoh Sejarah, Kebudayaan dan Kesenian Melayu Antarabangsa, Datuk Dr. Aripin Said berkata, kampung baru itu sendiri perlu diberi nafas baharu selari dengan struktur masyarakat Malaysia yang sudah berubah dan semakin maju serta berdaya saing.

Menurutnya, rekod sejarah menunjukkan kampung baru bagi orang Cina dibina Inggeris bagi membendung dan melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) sekitar 1948.

“Jadi, untuk mengangkat Kampung Baru Cina sebagai sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) langsung tiada kelayakan dan asas munasabah yang hanya mengundang polemik.

“Kampung baru tidak perlu jadi warisan apatah lagi untuk UNESCO. Tidak ada keperluan langsung dan tiada mercu tanda untuk boleh diiktiraf,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Justeru, Aripin memberitahu, Kampung Baru Cina wajar distruktur semula dan dijadikan Perkampungan Malaysia Madani iaitu taman perumahan pelbagai kaum.

Ini kerana ujarnya, kira-kira 70 buah Kampung Baru Cina di seluruh negara yang dihuni satu kaum sahaja tidak lagi terancam oleh pengaruh komunis.

Menurutnya, berikutan Kampung Baru Cina yang dihuni satu kaum, ada generasi tidak tahu berbahasa Melayu walaupun negara sudah merdeka lebih 65 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×