Global Systemes Asia, Transfingo Group meterai kerjasama

Global Systemes Asia, Transfingo Group meterai kerjasama pacu industri aeroangkasa

NONEE Ashirin (dua, dari kiri) bersalaman dengan Pengarah Urusan Transfingo Aviation Solutions, Tay Zhu Fei sebagai simbolik permeteraian kerjasama antara Global Systemes Asia Sdn. Bhd. (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pegangan pelaburan dan pembekal khusus perkhidmatan penerbangan, Global Systemes Asia Sdn. Bhd. (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) memeterai kerjasama bagi memacu keupayaan syarikat dalam industri aeroangkasa, sempena Pameran dan Pertunjukan Udara Singapura 2024, Rabu lalu.

Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat itu berkata, kerjasama itu merupakan anjakan paradigma yang memberi impak positif masa hadapan aeroangkasa di rantau.

“Kerjasama ini mempamerkan gabungan harmoni antara kepintaran Malaysia dan kepakaran Singapura dalam menghimpunkan kekuatan serantua dalam memberi impak positif terhadap industri ini,” katanya.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) menyaksikan perkongsian strategik itu menggariskan penanda aras dalam keupayaan pertahanan dan kolaborasi antarabangsa.

Kerjasama itu meletakkan TFM-CWAS dan sekutunya, Transfingo (Malaysia) Sdn. Bhd., Transfingo Aviation Solutions Pte. Ltd. dan CW Aero Services Pte Ltd (CWAS) sebagai pembekal kejuruteraan dan peralatan ujian berinovatif tinggi serta perwakilan MRO bagi GGSA dan anak syarikatnya, Global Component Asia Sdn. Bhd. (GCA) dan Global Turbine Asia Sdn. Bhd. (GTA).

Pengerusi GSA, Datuk Nonee Ashirin Mohd. Radzi berkata, kerjasama tersebut memberi impak positif kepada hala tuju industri aeroangkasa.

Pengasas dan Pengarah Transfingo Group, Kelvin Kelvin Chung berkata, pihaknya akan berusaha memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan dalam industri penerbangan.

“Motivasi dari pasukan profesional GSA dengan kepakaran domain yang mendalam dalam industri penerbangan akan meningkatkan lagi keupayaan Transfingo di Singapura, Malaysia serta rantau ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN