Mungkin luaran orang nampak okey, tapi saya manusia biasa juga - Fazura - Utusan Malaysia

Mungkin luaran orang nampak okey, tapi saya manusia biasa juga – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nur Fazura mengakui adakalanya dirinya gagal melawan kesedihan yang ditanggung selama dua tahun kebelakangan ini apatah lagi segala kepahitan itu muncul ketika merakamkan lagu terbaharunya, Kisah Terbaik.

Meskipun ramai yang terinspirasi dengan kekuatan yang dipamerkan, Fazura berkata segala yang dilaluinya sebelum ini tidak mudah untuk digambarkan keperitannya.

“Perjalanan mahu sampai kepada sekarang ini, dalam hidup ini ada pelbagai ujian daripada Allah. Liku-liku kehidupan itu yang buat saya sedih serta sayu apabila melihat semua yang dilalui dalam hidup terutama dalam tempoh dua tahun lalu.

“Banyak liku-liku hidup, mungkin dari luaran orang nampak saya kuat. Sebagai seorang pelakon atau wanita kuat macam saya, kita akan selalu ada satu topeng yang mahu semua orang nampak kita kuat.

“Tapi saya manusia biasa juga. Ada dugaan hidup yang susah untuk digambarkan, memang sangat menyedihkan, melukakan dan sangat berat untuk nak sampai di tahap ini. Alhamdulillah sekarang sudah semakin gembira, tenang serta bahagia,” katanya menerusi sebuah sesi temu bual.

Fazura bagaimanapun mengakui dirinya bagai menyerahkan bulat-bulat urusan hidupnya kepada Sang Pencipta untuk kekal kuat, selain syukur dikelilingi keluarga dan rakan yang ikhlas memberi sokongan.

“Orang kata klise tapi ini betul. Nombor satu adalah memang pertolongan daripada Allah. Memang pertolongan dan kekuatan hanya datang daripada Dia.

“Nombor dua, saya miliki sistem sokongan yang baik iaitu keluarga my family dan teman-teman rapat. Kemudian paling penting dalam hidup saya juga ialah peminat.

“Bukan sahaja peminat sedia ada tetapi juga ‘peminat dalam diam’ sehingga buat saya tertanya-tanya siapa mereka yang Allah hantar, ibarat tentera Allah hantar untuk sokong dan pertahankan saya,” katanya lagi.

Difahamkan Kisah Terbaik ciptaan komposer Aiman Sidek bakal dilancarkan di semua platform penstriman pada 3 Julai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN