Fatin Afeefa rela berhenti jadi pelakon? - Utusan Malaysia

Fatin Afeefa rela berhenti jadi pelakon?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADA yang memaklumkan pada Cik Bunga, artis comel, Fatin Afeefa, sejak sudah berkecimpung dalam bidang perniagaan dan buat trading, kini sudah tak berminat hendak kembali ke dunia seni sebagai seorang pelakon. 

Bila terdengar perkara macam itu, terdetik juga di hati Cik Bunga, kemungkinan ada betulnya perkara itu. 

Maklumlah, agak lama juga tak nampak kelibat Fatin dalam sebarang naskhah di kaca televisyen apa lagi  filem. 

Jadi, sekali gus ia meyakinkan Cik Bunga yang Fatin sudah tidak sudi hendak meninjau dunia seni ini lagi meskipun kita juga tahu, peminat-peminatnya mesti merindukan aksi dan bakatnya di kaca TV. 

Tak tahulah pula kalau hasrat Fatin untuk meneruskan bidang lakonan sebenarnya ditegah oleh suami. 

Mana tahu, andai suaminya lebih selesa dan senang jika dia fokus pada perniagaan dan keluarga sahaja buat masa ini. 

Fatin pun sudah lama tidak turun padang ke acara-acara hiburan. Entahlah, mungkin dia ada alasan sendiri mengapa memilih jalan sekarang. 

Agaknya sudah cukup banyak kontroversi dilalui selama ini menjadikan Fatin lebih selesa untuk hidup tenang di sebalik tirai dunia glamor. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya