MELAKA: Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di Tapak Perindustrian Taman Tasik Ayer Keroh dekat sini menjadi fasiliti pertama diwujudkan di negara ini yang memberi fokus untuk memproses sisa-sisa makanan. Pengerusi Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, DTRC itu yang menawarkan kutipan sisa makanan belum lagi diperkenalkan di mana-mana DTRC sebelum ini. Menurutnya, sisa makanan adalah komposisi yang tertinggi di Malaysia…