PETALING JAYA: Fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kering dengan suhu harian di kebanyakan tempat melebihi 35 darjah Celsius diramalkan berterusan sehingga Mei ini. Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, berikutan fenomena El Nino kuat yang melanda dunia pada ketika ini, suhu maksimum harian di Malaysia juga boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat. Katanya, dalam tempoh dari Februari hingga Mei, suhu maksimum…