KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengenal pasti punca kejadian lemas yang meragut nyawa seorang anggotanya pada 22 Februari lalu. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, berkata, langkah berkenaan juga bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) jabatan untuk mengelak kejadian sama berulang. Beliau menjelaskan, siasatan jawatankuasa khas terbabit dijangka mengambil masa dua minggu untuk dilengkapkan dengan punca kematian anggota berkenaan buat masa…