Pesawat ringan terhempas di Kapar

Bomba sahkan pesawat ringan terhempas di Kapar

Pesawat terhempas
PASUKAN penyelamat memeriksa bangkai sebuah pesawat ringan yang terhempas dalam ladang kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar di Klang, Selangor, semalam. - AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor mengesahkan kejadian sebuah pesawat ringan terhempas dalam sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.56 tengah hari tadi sebelum mengerahkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar ke tempat kejadian.

Menurutnya, bagaimanapun jumlah, identiti dan status keselamatan mangsa terlibat belum diketahui.

“Sampai di lokasi benar berlaku kapal terbang terhempas dan kerja-kerja mencari mangsa sedang dijalankan. Jenis pesawat adalah Aircraft Aviation Safety Technology,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan suasana gempar di Kampung Tok Muda, Kapar di sini selepas dipercayai sebuah pesawat ringan terhempas dalam ladang kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, hari ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira 1.10 tengah hari tadi.

Rakaman video dan gambar berkaitan insiden tersebut turut tular dalam media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN