Beras: Jangan umum jika hanya cadangan  - Utusan Malaysia

Beras: Jangan umum jika hanya cadangan 

WEE Ka Siong ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kerajaan diingatkan agar tidak mengumumkan sesuatu perkara jika hanya sekadar cadangan kerana setiap kenyataan yang dikeluarkan dianggap rasmi sekali gus boleh menimbulkan kegusaran dan kekeliruan rakyat. 

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, setiap keputusan hanya perlu diumumkan selepas ia dimuktamadkan dan tidak boleh berubah-ubah.

Katanya, kenaikan harga beras putih kepada RM30 untuk satu kampit 10 kilogram secara hakikatnya dilihat masih membebankan rakyat terutama golongan B40 yang pendapatannya ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’.

“Kerajaan perlu mencari mekanisme bersesuaian untuk mengatasi masalah bekalan beras putih ini dengan melakukan tindakan yang boleh meyakinkan rakyat. 

“Bukan mudah bagi golongan ini untuk berhadapan kenaikan secara serentak apabila tarif elekrik dan cukai  juga dinaikkan pada Februari dan Mac ini,” katanya ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di sini malam tadi.

Beliau mengulas pengumuman berkaitan penetapan harga beras putih Madani yang kemudiannya ditukar sebagai cadangan semalam. 

Menurut beliau lagi, bekalan beras adalah satu isu yang amat sensitif kerana ia adalah keperluan utama rakyat negara ini dan kenaikan harga memberikan kesan kepada rakyat khususnya golongan B40. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN