Azman Adnan dilantik Ketua Pengarah Pendidikan

Azman Adnan dilantik Ketua Pengarah Pendidikan

FADHLINA Sidek bersama Azman Adnan yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Azman Adnan dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa pada hari ini.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Pkharuddin Ghazali yang bersara pada tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, Azman berpengalaman peringkat pengurusan tertinggi kementerian dengan menjawat pelbagai jawatan antaranya sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian sebelum dilantik Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah)

Selain itu, Azman berpengalaman memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

“Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM), Azman berpengalaman selama lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan. 

“Beliau memulakan kerjaya sebagai guru, sebelum dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran, Penyelia Petang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan Pengetua sekolah. 

“Semoga pengalaman luas Azman di pelbagai peringkat dapat memacu pendidikan negara ke arah kecemerlangan,” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×