Apa alasan dia tarik balik? - Noh Salleh tunggu penjelasan Mizz Nina - Utusan Malaysia

Apa alasan dia tarik balik? – Noh Salleh tunggu penjelasan Mizz Nina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Noh Salleh menuntut penjelasan bekas isterinya, Mizz Nina berhubung  penarikan semula kes penjagaan penuh anak angkat mereka, Musa dan inter-parte hak penjagaan sementara.

Vokalis kumpulan Hujan itu pada masa yang sama turut berharap konflik antara kedua belah pihak yang berlarutan sejak selepas perceraian dapat ditamatkan secara baik.

“Saya tunggu penjelasan dia, apa alasan dia tarik balik. kita nak balas dan jelaskan dari awal kenapa kita nak selamatkan Musa.

“Saya harap semua selesai. Pergaduhan dari pihak mereka, kami sejak awal lagi mahu selesaikan secara baik,” katanya.

Noh tiba di Mahkamah Tinggi Shariah Shah Alam sekitar pukul 8.45 ditemani peguam, Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin.

 

Mizz Nina yang hadir ke mahkamah sama pada pukul 9.10 pagi ditemani suaminya, Essam Muhammad.

“Kami akan jelaskan selepas ini,” ujar Esaam yang meluru masuk perkarangan mahkamah.

Semalam, pihak Mizz Nina bertindak memfailkan penarikan semula kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte hak penjagaan sementara.

Peguam syarie mewakili Mizz Nina, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan tiada proses sulh berlaku semalam dan hari ini pihak Mizz Nina akan kembali mengesahkan keputusan mereka di hadapan hakim.

Sebelum ini, Nina mendakwa Noh pada 19 Disember lepas telah membawa keluar Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya sebagai penjaga sah kanak-kanak berkenaan.

Ujar Nina, perkara itu berlaku ketika dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Pemilik nama sebenar Shazrina Azman itu menyifatkan tindakan bekas suaminya itu sebagai satu pengkhianatan yang mengguris emosinya selaku ibu susuan Musa.

Nina kemudian telah mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan Musa kembali ke pangkuannya.

Susulan itu, Noh dalam kenyataan sebelum ini menegaskan dakwaan dia menculik kanak-kanak berkenaan adalah fitnah kerana telah mendapat kebenaran ibu kandung untuk menjaga Musa.

Noh, 39, juga telah melunaskan tuntutan ibu kandung Musa, Athira dengan membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung perkara itu.

Pada masa yang sama, Noh, 39, menerusi Instagram (IG), bersetuju untuk melunaskan beberapa tuntutan lain termasuk menarik semula kenyataannya sebelum ini selain memadam gambar Musa di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN