PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut laman rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka sebelum itu berkenan menerima mengadap Anwar di Istana Negara, hari ini. “Seri Paduka Baginda kemudian memandu sendiri bersama Datuk Seri Anwar dari Istana Negara ke Restoran Paul di Pavilion Kuala Lumpur. “Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka Baginda bersama…